Latest Happenings

Terma & Syarat Peraduan: “Bake It Better – Lemon Butter Cake Challenge”

TERMA & SYARAT PERADUAN  

“BAKE IT BETTER – LEMON BUTTER CAKE CHALLENGE” 

1) PENGANJUR  

1.1 Peraduan “Bake It Better – Lemon Butter Cake Challenge” (“Peraduan”) ini adalah dianjurkan oleh CENTRAL SUGARS REFINERY SDN BHD (No. Syarikat 198301003847 (99042-V) (“Penganjur”).  

1.2 Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta Peraduan dianggap telah membaca and memahami Terma dan Syarat Peraduan seperti tertera di sini dan bersetuju mematuhi  setiap Terma dan Syarat Peraduan tanpa sebarang keraguan. 

2) KELAYAKAN 

2.1 Peraduan ini terbuka kepada:  

Semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia dengan identiti pengenalan sah (MyKad atau MyPR). Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti pengesahan identiti Peserta; dan 

Hanya penyertaan dari peserta yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas akan diambil kira sebagai layak dari permulaan Tempoh Peraduan.  

2.2 Berikut adalah golongan yang tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:  

a) Pekerja-pekerja Penganjur dan syarikat-syarikat sekutunya berkaitan termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat, ibu syarikat dan lain -lain seperti yang diperuntukkan dalam Akta Syarikat 2016; dan  

b) Ahli keluarga terdekat pekerja-pekerja Penganjur (dan syarikat-syarikat berkaitan termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat, ibu syarikat dan lain -lain seperti yang diperuntukkan dalam Akta Syarikat 2016) mereka,  iaitu termasuk tetapi tidak terhad kepada (pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik, dan pasangan mereka);dan 

c) Pekerja-pekerja bagi agen-agen (termasuk agensi promosi/pengiklanan/perhubungan awam) atau kontraktor-kontraktor Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk Rakan niaga, pembekal/pengedar Penganjur) dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka)  

3)  TEMPOH PERADUAN  

3.1 Peraduan ini bermula pada jam pada jam 00:00:00 9 haribulan Oktober 2023 dan berakhir pada jam 23:59:59, 29 haribulan Oktober 2023 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. 

3.2 Penganjur berhak untuk mengubah Tempoh Peraduan (“Tempoh yang Dipinda”) pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Sebarang Penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan atau Tempoh Pindaan (jika ada) akan ditolak.  

4) KRITERIA DAN CARA PENYERTAAN  

4.1 Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta perlu mematuhi tiga (3) langkah berikut : 

Langkah 1: Cipta semula resipi kek mudah, iaitu ‘Kek Butter Lemon’ yang dipaparkan dalam lama web CSR di https://csr-malaysia.com.my/ dengan kreativiti anda. Pastikan anda menggunakan produk CSR.  Resipi kek mudah hanyalah akan diterima jika perserta membuktikan penggunaan semua produk CSR yang berkaitan.  

Langkah 2: Perserta perlu menangkap dan kongsikan gambar kek ciptaan anda dengan bukti produk CSR yang diguna untuk pembuatan Kek, melaui akaun FACEBOOK (‘FB’) atau INSTAGRAM (‘IG’) anda 

Langkah 3: Perserta perlu menekan butang / fungsi ‘Tag’ melaului lama sosial media khusus iaitu FB CSR Teman Sajian atau IG @csr_temansajian bersama tiga  kenalan anda dan menyertakan hashtag #CSRBakeItBetter #CSRTemanSajian #SCSButter di dalam setiap ‘Tag’ tersebut.  

Pada sepanjang masa peraduan, anda hendaklah memastikan sentiasa “Follow” dan “Like” laman sosial CSR di FB CSR Teman Sajian dan IG @csr_temansajian dan status akaun media sosial yang digunakan untuk penyertaan sentiasa berstatus umum/ “public”.  

4.2 Alamat URL rasmi untuk setiap akaun sosial media Penganjur adalah seperti berikut:  

https://www.facebook.com/CSRTemanSajian/ 

https://www.instagram.com/csr_temansajian/ 

5) KRITERIA DAN PERINCIAN PENGADILAN UNTUK PEMILIHAN PEMENANG 

5.1 Pemenang untuk lima (5) hadiah utama akan dipilih berdasarkan kriteria dan penilaian berikut: 

i) KUALITI GAMBAR – Kejelasan, Ekspresi dan Kreativiti 

Untuk mengelakan sebarang keraguan, konteks ‘Kejelasan’ gambar bermakna resolusi tahap tinggi dan ketajaman elemen penting dalam gambar. 

ii) KREATIVITI – Keunikan individu 

Tahap kreativiti setiap individu akan ditentukan melalui  penciptaan semula resipi kek mudah yang dipaparkan dalam media sosial CSR <link>  

iii) PENGGUNAAN PRODUK CSR –  

Pihak penganjur berhak meminta ape-ape penjelasan, bukti pembelian dan penggunaan produk CSR dalam rekaan resipi, terhadap setiap Peserta yang disenarai pendek.  

5.2 Pengumuman Pemenang akan dibuat dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh tamat peraduan ini. Tarikh tersebut boleh diubah oleh Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. 

5.3 Keputusan Penganjur dalam memilih Pemenang Peraduan adalah muktamad dan sebarang bentuk komunikasi untuk meminta penjelasan, klarifikasi dan tunjuk sebab sama ada secara surat-menyurat , Whats App , SMS dan lain-lain tidak akan dibalas dan dilayan oleh Penganjur.

Share