Latest Happenings

TIADA SYARAT UNTUK PEMBELIAN GULA STANDARD

Merujuk kepada perkongsian yang tular di media sosial berhubung pembelian bersyarat gula standard dan gula jernih di pasaran, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) ingin menegaskan bahawa kami tidak mengeluarkan atau menetapkan sebarang syarat kepada pemborong dan peniaga dalam urusan jual-beli gula.

CSR menekankan bahawa pengguna tidak perlu membeli gula jernih bagi mendapatkan bekalan gula standard, sebaliknya pengguna bebas membuat sebarang pilihan mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.

CSR turut menasihatkan para pengguna agar sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang kegiatan jualan sedemikian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di talian bebas tol 1-800-866-800.

Share